Menghalang dan mengawal penyakit Malaria

Nyamuk Anopheles albimanus menghisap darah di lengan. Nyamuk ini merupakan vector malaria dan kawalan nyamuk merupakan cara amat berkesan bagi mengurangkan kejadian malaria.

Kaedah yang digunakan bagi menghalang penyebaran penyakit, atau melindungi seseorang di kawasan di malaria adalah endemik, termasuk dadah prophylactik, penghapusan nyamuk, dan menghalang gigitan nyamuk. Pada masa kini tidak terdapat vaksin yang menghalang malaria, tetapi ia merupakan bidang penyelidikan aktif.

Kebanyakan penyelidik mendakwa bahawa menghalang malaria mungkin adalah lebih rendah dari segi kos berbanding merawat penyakit tersebut dalam jangka panjang, tetapi kos modal yang diperlukan adalah diluar jangkauan kebanyakan penduduk termiskin dunia. Penasihat Ekonomi Jeffrey Sachs menganggarkan bahawa malaria boleh dikawal dengan bantuan US$3 billion se tahun. Ia telah dikatakan bahawa, agar memenuhi Matlamat Pembangunan Milenium, wang patut dialih dari rawatan HIV/AIDS kepada mencegah malaria, yang bagi jumlah wang yang sama akan memberikan lebih kebaikan kepada ekonomi Afrika.[59]